Apa itu Internet ?
Internet adalah gabungan rangkaian-rangkaian komputer di seluruh dunia.
Ia merupakan rangkaian terbesar didunia dan saiznya masih lagi berkembang.
Bagaimanapun komputer-komputer yang dimaksudkan tadi cuma merupakan
sebahagian sahaja dari takrifan konsep Internet, kerana apabila kita
memperkatakan tentang Internet kita maksudkan juga kandungannya yang
meliputi maklumat, masyarakatnya dan juga perisian yang digunakan.
Bagaimana Internet Bermula ?
Internet bermula pada tahun 1969 dari keperluan Jabatan Pertahanan
Amerika Syarikat yang pada masa itu masih lagi terasa tidak selamat
kerana perang dingin dengan blok Soviet. Mereka mahukan satu rangkaian
komputer strategik tentera dimana komputer-komputer utama yang digunakan
untuk tujuan penyelidikan dapat berhubung diantara satu sama lain walaupun
sebahagian dari komputer ini mungkin dibom oleh musuh. Rangkaian terawal
yang dinamakan ARPAnet ini menghubungkan empat lokasi iaitu Stanford
University, UCLA, UC Santa Barbara dan University of Utah dimana
keempat lokasi ini ditadbirkan secara nyah pusat ('decentralised'),
iaitu tanpa ada penempatan utama yang mengawal penempatan lain. Rangkaian
ini kemudian berkembang dengan banyak lagi universiti lain turut berhubung.
Ini menjadi lebih rancak pada tahun 1987 apabila Yayasan Sains Kebangsaan
Amerika membina rangkaiannya NFSnet yang juga menggunakan protokol yang sama
dan dihubungkan dengan ARPAnet. NFSnet merupakan tulang belakang Internet
sehingga diakhir-akhir ini barulah ia diambil alih oleh gabungan syarikat perdagangan.
No comments:
Post a Comment