Sunday, 29 January 2012

Perkakasan komputer (peranti output)


Perkakasan komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk komputer yang
lengkap. Perkakasan komputer juga dikenali sebagai peranti (device).
Istilah perkakasan atau peranti merujuk kepada keseluruhan peralatan fizikal pada sebuah
komputer, manakala perisian (software) menyediakan arahan kepada perkakasan untuk
melaksanakan kerja komputer. Kadangkala perbezaan perkakasan (hardware) dengan perisian
agak kabur, terutama apabila merujuk kepada perisian tegar (firmware). Perisian tegar
ialah perisian yang dipasang ke dalam perkakasan, ia amat jarang perlu diubah dan oleh
itu biasanya disimpan dalam ingatan baca sahaja (ROM).

Kebanyakan perkakasan komputer tidak dapat dilihat oleh pengguna biasa. Ia merupakan
sebahagian dari sistem terbenam yang digunakan dalam kenderaan, ketuhar gelombang mikro,
mesin elektrokardiograf, pemain cakera padat dan banyak lagi. Komputer peribadi,
perkakas yang paling biasa pada kebanyakan orang, merupakan cuma sebahagian kecil
perkakasan komputer (kira-kira 0.2% dari semua komputer baru pada 2003).


Peranti output ialah mana-mana kelengkapan perkakasan komputer yang digunakan untuk menyampaikan hasil pemprosesan data yang dilakukan oleh sistem pemprosesan maklumat (seperti komputer) kepada dunia luar, manakala input/output (I/O) merujuk kepada komunikasi tersebut. Sebaliknya, output ialah syarat atau data yang dihantar oleh sistem ke luar, berbeza dengan input yang merupakan isyarat atau data yang dihantar kepada sistem.
Peranti output yang paling biasa digunakan ialah monitor, pencetak dan pembesar suara.




-Peranti output
-Peranti output imej, video
Monitor komputer
Terminal komputer
Pencetak - salinan keras
Pelakar (plotter) - salinan keras
Refreshable Braille display
Braille Embosser - salinan keras.
-Peranti output audio
Pembesar suara
Fon kepala.

pengenalan internet

Apa itu Internet ?
Internet adalah gabungan rangkaian-rangkaian komputer di seluruh dunia.
Ia merupakan rangkaian terbesar didunia dan saiznya masih lagi berkembang.
Bagaimanapun komputer-komputer yang dimaksudkan tadi cuma merupakan
sebahagian sahaja dari takrifan konsep Internet, kerana apabila kita
memperkatakan tentang Internet kita maksudkan juga kandungannya yang
meliputi maklumat, masyarakatnya dan juga perisian yang digunakan.

Bagaimana Internet Bermula ?


Internet bermula pada tahun 1969 dari keperluan Jabatan Pertahanan
Amerika Syarikat yang pada masa itu masih lagi terasa tidak selamat
kerana perang dingin dengan blok Soviet. Mereka mahukan satu rangkaian
komputer strategik tentera dimana komputer-komputer utama yang digunakan
untuk tujuan penyelidikan dapat berhubung diantara satu sama lain walaupun
sebahagian dari komputer ini mungkin dibom oleh musuh. Rangkaian terawal
yang dinamakan ARPAnet ini menghubungkan empat lokasi iaitu Stanford
University, UCLA, UC Santa Barbara dan University of Utah dimana
keempat lokasi ini ditadbirkan secara nyah pusat ('decentralised'),
iaitu tanpa ada penempatan utama yang mengawal penempatan lain. Rangkaian
ini kemudian berkembang dengan banyak lagi universiti lain turut berhubung.
Ini menjadi lebih rancak pada tahun 1987 apabila Yayasan Sains Kebangsaan
Amerika membina rangkaiannya NFSnet yang juga menggunakan protokol yang sama
dan dihubungkan dengan ARPAnet. NFSnet merupakan tulang belakang Internet
sehingga diakhir-akhir ini barulah ia diambil alih oleh gabungan syarikat perdagangan.